Khamis, 23 Disember 2010

Merry Christmas And Happy New Year 2011


Selamat Menyambut Hari Xmas dan tahun baru saya ucapkan kepada Ibu dan Ayah yang berada di Kampung Marakau, semua famili serta kawan-kawan yang menyambut Hari Xmas di mana saja berada. Semoga, sentiasa gembira bersama famili dan di panjang umur. 

Selasa, 30 November 2010

Cadangan Hari Keluarga Mian Gudukan Tahun 2011

Ini adalah Logo untuk Tema Hari Keluarga Mian Gudukan Tahun 2011 yang telah dicadangkan oleh Dr. Pelyrius Madisang. 

Logo keluarga tidak akan berubah hanya logo untuk Tema tahun 2011 iaitu "1 SUARA, 1 KELUARGA" dan Hari Keluarga juga dicadangkan pada 31 Ogos, 2011. Itu pun sekiranya bukan bulan Puasa.

Walau bagaimanapun cadangan-cadangan ini akan dibincang di mesyuarat Keluarga pada masa akan datang.

Gambar Acara Potong Kek






Gambar Pemenang Pertandingan Nyanyian Kanak-kanak

PESERTA NYANYIAN 


TEMPAT PERTAMA

TEMPAT KE-2
TEMPAT KE-3
TEMPAT KE-4

Gambar Pemenang Pertandingan Hari Keluarga Genarasi Mian Gudukan


















Hari Keluarga Mian Gudukan telah diadakan pada 27 Nov, 2010 di kediaman En. Mahil Kalantas di Sri Patod Kampung Marakau. Dengan berTemakan "PISOMPURUAN POPOGIROT POIMPIANAIAN" Walaupun kehadiran waris-waris atau sakag Genarasi Mian Gudukan tidak memberansangkan tetapi masih di sambut dengan mariah.

Pada 26 Nov, 2010 acara pagi telah dimulakan dengan Pertandingan Memancing di kolam En. Clement Gindalu. pertandingan ini telah di menangi oleh En. Mahil Kalantas, tempat ke-2 oleh En. Amin Kalantas dan ke-3 Pn. Lily Gindalu. Di susuli pula dengan acara sukan rakyat pada sebelah petang itu Pertandingan Dart yang di menangi oleh En. Roy J. Ingguru, tempat ke-2 oleh Pn. Salinah Kalantas dan ke-3 oleh Cik Hana Gindalu. Selepas itu acara Boling Kelapa, dan Umban Kaki. Manakala acara kanak-kanak adalah Umban Kaki.

Pada sebelah malam pula adalah acara Taja Lagu, Pertandingan Nyanyian Kanak-Kanak, dan Pertandingan Shuffle Terbuka.

Pada Malam Kemuncak acara Taja Lagu menjadi acara yang paling meriah sekali. Walaupun ada tajaan yang tidak dapat di tunaikan pada malam itu memandangkan masa terlalu terhad. Acara Potong Kek oleh cucu-cucu Mian Gudukan menjadi acara kemuncak. Bukan setakat itu juga, Acara Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang, cenderahati daripada Pengerusi Penganjur iaitu Dr. Oliver Mahil kepada semua AJK penganjur. Tetapi sedikit kekesalan En. Sheaffer Jr Joseph @ Gabang tidak di beri penghargaan daripada sumbangan beliau untuk Hari Keluarga tahun ini. Walaupun sumbangan beliau tidaklah sebesar mana tapi itu lah satu daripada sumbangan yang menjayakan Hari Keluarga tahun ini.